Percutian pada penghujung bulan Februari yang lepas. Bertolak dari KLIA2 ke Hong Kong jam 8.45 pagi dan tiba pada jam 12.45 tengahari. Cuaca di HK agak baik dengan suhu kira-kira 15 degree celcius di sebelah petang dan kira-kira 10 degree celcium di sebelah malam. Agak blur bila tiba di airport dimana semua penumpang terus dibawa ke train station. Train membawa penumpang dari Terminal 2 dan Terminal 1 ke kawasan imigresen dan tuntutan bagasi. Travel time train ni lebih kurang 8 minit.
airport train membawa penumpang dari Terminal 1 ke Sky Pier
view dari dalam bas A21
Dorsett Hotel Mongkok:
Hotel yang kami pilih ialah Dorsett Mongkok. Lokasi hotel agak strategik dan berdekatan dengan Wellcome, Watsons, 500m ke Olympic MTR station dan beberapa tempat tumpuan lain termasuk juga restoran makanan halal (Roti King - makanan halal india yang terletak betul-betul di belakang Dorsett Hotel ni). Sampai sahaja di hotel dan selesai urusan check-in, kami terus terjah Wellcome yang berada di seberang jalan Dorsett Hotel ni untuk mencari stok makanan. Wellcome ni power sebab dorang labelkan makanan-makanan dan produk halal jadi senang untuk kita cari makanan halal. Lagi satu produk kat sini banyak jugak yang made in Malaysia, Indonesia.
label halal diletakkan di kesemua produk halal
mobile phone yang disediakan kepada pengunjung hotel. One of the most important thing!
view dari tingkat atas hotel
Ma's restaurant
Bertolak dari hotel menaiki shuttle van yang disediakan hotel ke station MTR. Agak mudah untuk mencari restaurat Ma ni sebab terletak hanya lebih kurang 200m dari Prince Edward MTR station. Berpandukan google map, kami berjalan kaki ke sana dari MTR station dan akhirnya bertemu dengan restoran ini yang terletak di penjuru blok-blok kedai. Makanan di Ma's restaurant sangat sedap dan menu wajib untuk dicuba adalah Beef Goulash - sejenis makanan tradisional komuniti muslim disebelah mongol.
Symphony of lights
Selesai mengisi perut, kami bergerak semula ke Prince Edward MTR station untuk menyaksikan pertunjukan symphony of lights - berdekatan dengan MTR East Tsim Tsa Tsui. Tiba di Victoria Harbour lebih kurang jam 7.50pm dan Victoria Harbour sudah mulai penuh dengan manusia. Tips dia kalau nak datang tengok duduk port baik punya kenalah datang awal. Show symphony of lights bermula tepat jam 8 malam dan tempat mulai penuh setengah jam sebelum show bermula. Terhibur dengan pertunjukan lampu-lampu di bangunan-bangunan seberang laut berserta dengan iringan muzik-muzik yang sangat menarik. Show ni free of charge jadi antara aktiviti wajib jika ke HK.
pertunjukan Symphony of lights
Day 2:
Plan kami untuk hari ke-2 adalah Hong Kong Disneyland the whole day. Bersambung...
Nganga jap sambil congak duit dalam tabung dah cukup ke belum erh...
ReplyDeleteHow I wish to go to HK disneyland too! Kirim salam mickey and minnie tauuuu
syoknya berjalan. lagi2 tempat yang sejuk, sedap nak jalan
ReplyDeleteHi, great friend, walking around here. Hugs from Brazil
ReplyDeletehttp://novajerusalemdecristo.blogspot.com.br/
syokkk gilaaa jalann Hong Konggg ni, :>
ReplyDeleteWaahhh bestnyaa dapat jalan2 huhu
ReplyDeletehongkong luar biasa.. keren... carnews
ReplyDeleteseronoknye dah sampai hong kong!
ReplyDeletedok hotel hebat ni
ReplyDeletesop dulu duk guest house je huhuhu
Wahh bestnya dapat bercuti! :)
ReplyDeletehelloo nice post, have a free blog trick n tips at codeflare
ReplyDeleteHello Friend.
ReplyDeleteIllness caught up with me.
I wish you a nice day.
Tebinfea.
HI
ReplyDeleteNo bannière ?
ReplyDelete
ReplyDeleteHello my friend
Small pain one day, big pain another day.
I learn to live with it.
Good Friday
Tebinfea.
HELLO
ReplyDeleteWALKING THROUGHOUT HERE
http://novajerusalemdecristo.blogspot.com/
ReplyDelete